Friday, February 21, 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Adnan Nafi Projek “Spiritual Tourism” Di Gambang

Adnan Nafi Projek “Spiritual Tourism” Di Gambang


KUANTAN — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan terdapat usaha untuk pembangunan projek ‘Spiritual Tourism’ di kawasan Gambang di sini.

Beliau bagaimanapun, mengakui kerajaan negeri ada meluluskan tanah seluas 100 hektar kepada sebuah syarikat perumahan bagi pembangunan projek bercampur di kawasan berkenaan.

“Saya nak bagi tahu bahawa projek ini (spritual tourism) tidak pernah dibincangkan dan tidak akan dibuat di Pahang.
    
“Apa yang telah ditimbulkan selama ini, hanyalah merupakan satu langkah penipuan dan saya juga difahamkan terdapat usaha mengutip duit bagi tujuan itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat dan siasatan terperinci akan dijalankan.– BERNAMA

BACA BERITA TERDAHULU DARIPADA SIAKAPKELI (klik tajuk);

‘Misteri’ Di Sebalik Projek 1Malaysia Spiritual Tourism (Pelancongan Rohani) Di Pahang

**Merujuk kepada gambar di atas… kepada Red Bean Army dan mamat yang pura-pura pernah sokong kerajaan dan mengundi masa PRU-13 dulu tetapi sekarang menyesal (cybertroopers DAP asyik guna komen menyesal ni aje kat FB semenjak dua ni)…hentikanlah fitnah macam ni yea… tak payah la nak berlakon begitu sekali…pernah undi dan menyesal konon…sebelum ini pun kerajaan tak pernah kata atau bersetuju dengan pembinaan spiritual tourism ini.

Apa bukti yang kerajaan terbabit dalam pembinaan tempat tu?

Yang ada cumalah Youtube Cina mana entah pandai-pandai guna nama 1Malaysia lepas tu mengaku kerajaan benarkan…ada ke dengar pada mulut MB Pahang atau TPM atau Menteri Pelancongan umumkan pasal benda ni? Semata-mata kerana Cina tu guna 1Malaysia kat depan tu tak bermakna kerajaan terbabit…istilah 1malaysia tu bukan ada patent right pun…sesiapa boleh guna.

No comments:

Post a Comment