Thursday, December 26, 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Kemunculan Semula Aishwarya Bersama Suami

Kemunculan Semula Aishwarya Bersama Suami


AKTRES Bollywood, Aishwarya Rai merancang untuk melakukan kemunculan semula dalam industri seni dengan berlakon di samping suaminya Abshisek Bachchan.

Seperti dipetik Newkerala.com, pasangan ini akan bekerjasama dengan penerbit Gaurang Doshi berjudul Happy Anniversary dan penggambaran akan dilakukan awal tahun hadapan.

Filem tersebut dijangka akan siap sepenuhnya dan berada di pawagam pada tahun yang sama iaitu 2014.

Sebelum ini, pasangan ini telah bergandingan dalam filem Dhai Akshar Prem Ke, Kuch Naa Kaho, Guru, Dhoom 2 dan Sarkaar Raj. – mStar

No comments:

Post a Comment